Monday, 30 January 2012




Dalam relung renyai hujan
aku ingin menulis sebuah puisi
untuknya seorang teman 
yang kini baru kukenal dirinya
Aku tak biasa tentang dia
tapi kurasa sudah lama mesranya
mungkin sejiwa bicara dan fikiran
buat kala hati selalu merindu


Sudah lama kukira
aku tidak berbicara rasa
di dalam menyimpan rawan kelmarin
dan malam ini aku mula berpuisi lagi


Fatima Jal Pari~221011~1029pm

No comments:

Post a Comment