Monday, 30 January 2012

Kau kah lelaki itu…


lelaki
anugerah ALLAH untuk wanita
begitu Adam berjumpa Hawa
terlalu banyak cinta yang kau ada
buat wanita ada yang bahagia
buat wanita ada yang derita
itu semua adat dunia
kita semua kena redha
setiap yang tercipta ada hikmah-NYA

lelaki
darimu ku kenal ayah
darimu ku kenal suami
darimu ku kenal anak
darimu ku kenal abang
darimu ku kenal adik
darimu ku kenal saudara
darimu ku kenal teman
darimu ku kenal kawan
darimu ku kenal kekasih

terima kasih untuk lelaki ku

fatima Jal Pari
09012011-143pm

1 comment:

  1. Tentunya lelaki contoh idola semua lelaki di dunia semestinya dia, insan mulia menyampaikan agama, mentadbir negara, menguruskan keluarganya, memelihara persahabatan..Muhammad s.a.w

    ReplyDelete