Wednesday 29 February 2012

Hidayah itu hanya milik ALLAH s.w.t.


Keistimewaan Memeluk Islam !Hadith :

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a :” Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:” Apabila seseorang memeluk agama Islam dengan ikhlas, Allah akan mengampunkan semua dosa-dosanya di masa lalu. Kemudian setelah itu mulai diadakan perhitungan, pahala untuk setiap perbuatan baik yang dilakukannya dilipat gandakan sepuluh sampai tujuh ratus kali ganda sedangkan setiap dosa yang dilakukannya akan dicatat sebanyak dosa yang dilakukannya kecuali apabila Allah mengampunkannya.”

(al-Bukahri)

Huraian
Mualaf ialah orang yang baru berjinak-jinak Islam. Dari segi bahasa mualaf bererti lemah. Istilah ini lalu disandarkan kepada mereka yang baru saja memeluk Islam dan masih lemah pemahamannya tentang Islam. Kebanyakan daripada kita tidak memahami keperluan mualaf. Mualaf sebenarnya mengharapkan teman dan sahabat yang dapat memberi sokongan moral dan perlindungan dari kecaman keluarga mahupun saudara, kerana perpindahan agama bukanlah perkara yang mudah sebaliknya memerlukan banyak pengorbanan. Justeru perlu ada pihak yang menyelia dan membimbing golongan yang baru memeluk Islam ini agar mereka tidak kembali murtad. Contohnya menziarahi mereka supaya tidak terabai dan memantau perkembangan mereka. Kebanyakan kes yang berlaku hari ini, orang memeluk Islam sekadar untuk mencukupkan syarat membolehkannya berkahwin dengan pasangan yang beragama Islam. Bukan dengan niat yang benar-benar ikhlas mahu mentauhidkan Allah SWT. Bagi mualaf yang ikhlas ingin memeluk Islam pula, mereka akan melaksanakan ajaran Islam secara bertahap. Bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa ada antara golongan mualaf ini yang jauh lebih taat daripada mereka yang sejak lahir memeluk Islam. Golongan inilah yang disebutkan di dalam hadis di atas.
 

Tuesday 28 February 2012

Sayangku,
hangat bicara 
yang menyalakan kisah cinta kita 
meniti titian kehidupan 
membelai rasa dan jiwaku
untuk bersama mu setiap saat dan detik

Sayangku,
seberkas bayangmu meninggalkan
pelangi kasih di hatiku
dan ia semakin meghimpit
menyebar semarak rindu
begitu menyeksakan diri ini

Sayangku,
masihkah sinaran rindumu itu
terpancar kearahku di dalam kejauhan ini

Salam cinta~SK 280212-623pm

Monday 27 February 2012


Adakah aku akan melihat orang tuaku
sebahagia lantunan nyanyian hatimu
yang hendak menempuh tahap tertinggi kudrat manusia?
aku merenung menggores bayangan butiran air matamu
yang terdorong keluar oleh kebahagiaan
aku berusaha menutupi jalan untuk air mataku
yang tak sanggup menahan keharuan
menuntut jalan keluar,
mungkin hendak berteman dengan air matamu

Saturday 25 February 2012

Hujan rindu di balik senja
aku masih terpana
masih adakah kamu yang menanti
hujung rerumput basah dengan rinduku

Fatima Jal Pari ~250212-716pm

Friday 24 February 2012

lelaki itu
katanya dia sayang kan aku
aku jadi tak menentu
kerana itu...

lelaki itu
bukan juga yang pertama
bertamu di hati
tapi buat aku merindu...

lelaki itu
telah menjadi bahagian hariku
dan buat aku terkedu sayu
dengan kasihnya...

lelaki itu
apakah aku masih ragu
dengan kehadirannya...

Fatima Jal Pari~24022012-620pm

Sunday 19 February 2012

Hujan
tadi hanya rintik
buat aku resah

Hujan
kian lebat
seolah menyapa rindu
yang semakin gundah

Hujan
jangan kau
berhenti lagi
kerna rinduku
telah bertandang

Fatima Jal Pari~19012012_903pm

Sunday 12 February 2012

Bismillahirrahmanirrahim
dengan nama-MU kumulai segala

alhamdulillah
alhamdulillah
alhamdulillah

aku bersyukur pada-MU
tidak terhitung anugerah-MU

bagaimana lagi untuk hamba-MU ini
mengucap syukur
terasa malu lidah menjadi kelu
terlalu sedikit yang aku balas

SubhanALLAH
SubhanALLAH
SubhanALLAH

hamba bersyukur Ya ALLAH

Fatima Jal Pari
130212~1116am

DARI KERANA MATA...

DARI MATA TURUN KE HATI. DARI HATI BELUM TENTU DAPAT DILIHAT OLEH MATA KALAU TIDAK DIOLAH DALAM TULISAN DAN BAHASA YANG DAPAT DIJANGKAU MATA HATI PEMBACANYA

Saturday 11 February 2012

Ya Allah,
aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tak bermanfaat,
dari hati yang tak khusyu',
dari nafsu yang tak pernah puas & dari do'a yang tak terkabulkan.
Ya Allah,
jauhkanlah aku dari akhlak yang buruk,
perbuatan buruk,
hawa nafsu buruk & penyakit buruk.
Ya Allah,
ilhamkanlah kepadaku kesedaranku untuk tetap pada kebenaran dan
hindarkanlah aku dari keburukan jiwaku.
aamiin...ya Robbal alaamiin...
Bicara hati antara kita

Buih-buih rindu telah menyapa pantai
setelah dihanyut maka terdamparlah
bersama pasir-pasir yang berdebu
bersama pasir-pasir yang memutih
menghantar senak dan sebak
mengusung ke satu daerah mencari soalan
tentang hitam rambutmu
tentang sinar matamu

Dan ke daerah yang tiada penghuni
mencari bayang yang tertulis
pada tiang bila paku karat menusuk
menjadi kalbu yang sakit
bergoncang istana bunga yang dihuni
puing-puing kasih pun roboh
hanya topeng hitam menghantar hembusan kelabu
tetapi aku masih di sini
pada pantai yang setia menemani

by Fatima Sofea Ej Jade Nor'aini Pawanchee
11022012~1128pm

Friday 10 February 2012

ADAB MEMBACA AL-QURAN

Seseorang yang membaca Al-Quran seolah-olah ia berada di sisi Allah S.W.T dan bermunajat kepadaNya maka hendaklah menjaga adab-adab yang tertentu yang layak di sisi tuhan Yang Maha Agong lagi Maha Mulia. Ulamak-ulamak muktabar telah menggariskan beberapa adab sebagai panduan sepeti berikut:

1. Hendaklah sentiasa suci pada zahir dan batin kerana membaca Al-Quran adalah zikir yang paling afdal (utama) dari segala zikir yang lain.

2. Hendaklah membaca di tempat yang suci dan bersih yang layak dengan kebesaran Yang Maha Agong dan ketinggian Al-Quranul Karim. Para Ulamak berpendapat sunat membaca Al-Quran di Masjid iaitu tempat yang bersih dan mulia di samping dapat menambah kelebihan pahala-pahala iktiqaf.

3. Hendaklah memakai pakaian yang bersih, cantik dan kemas.

4. Hendaklah bersugi dan membersihkan mulut. Melalui mulut tempat mengeluarkan suara menyebut ayat Al-Quran. Hadis Rasulullah s.a.w berbunyi:

    • Sesungguhnya mulut-mulut kamu adalah merupakan jalan-jalan lalunya Al-Quran maka peliharalah dengan bersugi.

      Berkata Yazid bin Abdul Mallek:
      Sesungguhnya mulut-mulut kamu adalah merupakan jalan-jalan lalunya Al-Quran maka peliharalah dengan bersugi.
5. Hendaklah melahirkan di dalam ingatan bahawa apabila membaca Al-Quran seolah-olah berhadapan dengan Allah dan bacalah dalam keadaan seolah-olah melihat Allah S.W.T. Walaupun kita tidak dapat melihat Allah sesungguhnya Allah tetap melihat kita.

6. Hendaklah menjauhkan diri dari ketawa dan bercakap kosong ketika membaca Al-Quran.

7. Jangan bergurau dan bermain-main ketika sedang membaca Al-Quran.

8. Hendaklah berada dalam keadaan tenang dan duduk penuh tertib. Jika membaca dalam keadaan berdiri hendaklah atas sebab yang tidak dapat dielakkan adalah harus.

9. Setiap kali memulakan bacaan lebih dahulu hendaklah membaca Istiazah: (A'uzubillahiminasy-syaitannirrajim).
    • Kerana memohon perlindungan dari Allah dari syaitan yang kena rejam.

10. Kemudian diikuti dengan membaca basmallah: (Bismillahirrahmanirrahim).
    • Hendaklah membaca Bismillah itu pada tiap-tiap awal surah kecuali pada surah At-Taubah.

11. Hendaklah diulang kembali membaca Istiazah apabila terputus bacaan di luar daripada Al-Quran.

12. Hendaklah membaca dengan Tartil (memelihara hukum Tajwid). Secara tidak langsung menambah lagi minat kepada penghayatan ayat-ayat yang dibawa dan melahirkan kesan yang mendalam di dalam jiwa.
    • Firman Allah S.W.T:

      Kami membaca Al-Quran itu dengan tartil.
(Surah Al-Furqan: 32)
    • Hendaklah kamu membaca Al-Quran dengan tartil.
(Surah Al-Muzammmil: 4)

    • Pengertian Tartil pada bahasa:

      Memperkatakan sesuatu perkara itu dengan tersusun dan dapat difahami serta tanpa gopoh-gopoh.

      Menurut Istilah Tajwid ialah membaca Al-Quran dalam tenang dan dapat melahirkan sebutan huruf dengan baik serta meletakkan bunyi setiap huruf tepat pada tempat-tempatnya.

      Saidina Ali k.w berkata:

      Pengertian tartil ialah mentajwidkan akan huruf-huruf Al-Quran dan mengetahui wakaf-wakafnya.

13. Hendaklah berusaha memahami ayat-ayat yang dibaca sehingga dapat mengetahui tujuan Al-Quran diturunkan oleh Allah S.W.T.
    • Allah S.W.T. berfirman:

      Inilah Al-Quran yang memimpin jalan yang lurus.
      (Surah Al-Israi’: 9)

      Firman Allah S.W.T.:

      Kami turunkan Al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang mukminin.
(Surah Al-Isra’: 82)

    • Firman Allah S.W.T. lagi:

      Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu dengan penuh barakah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.
      (Surah Sad: 29)

14. Hendaklah menjaga hak tiap-tiap huruf sehingga jelas sebutannya kerana tiap-tiap satu huruf mengandungi sepuluh kebajikan. Hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi:

    • Diriwayatkan dari Tirmizi dari Abdullah bin Masud daripada Rasulullah s.a.w telah bersabda sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitabullah (Al-Quran) maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.

15. Hendaklah membaca al-Quran mengikut tertib Mashaf. Dilarang membaca dengan cara yang tidak mengikut susunan kecuali diceraikan surah-surah dengan tujuan mengajar kanak-kanak adalah diharuskan.

16. Hendaklah berhenti mambaca apabila terasa mengantuk dan menguap kerana seseorang yang sedang membaca Al-Quran ia bermunajat kepada Allah dan apabila menguap akan terhalang munajat itu kerana perbuatan menguap adalah dari syaitan.
    • Berkata Mujahid:
      Apabila kamu menguap ketika membaca Al-Quran maka berhentilah dari membaca sebagai menghormati Al-Quran sehingga selesai menguap.

17. Hendaklah meletakkan Al-Quran di riba atau di tempat yang tinggi dan jangan sekali-kali meletakkannya di lantai atau di tempat yang rendah. Sabda Rasulullah s.a.w berbunyi:
    • Ubaidah Mulaiki r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
      “Wahai kaum ahli-ahli Al-Quran jangan gunakan Al-Quran sebagai bantal tetapi hendaklah kamu membacanya dengan teratur siang dan malam.”

18. Hendaklah memperelokkan bacaan dan menghiaskannya dengan suara yang baik.
    • Sabda Nabi s.a.w dalam sebuah hadis:

      Telah bersabda Nabi Muhammad saw, hiasilah Al-Quran dengan suara-suara kamu.

19. Setiap bacaan hendaklah disudahi dengan membaca:
    • (Sadaqallahul’azim).

20. Disunatkan berpuasa di hari khatam Al-Quran dan diikuti dengan mengumpul ahli keluarga dan sahabat handai bersama-sama di dalam hari khatam Al-Quran. Dalam sebuah hadis ada menjelaskan kelebihan orang yang telah khatam Al-Quran menerusi sebuah hadis yang berbunyi:
    • Telah bersabda Nabi Muhammad s.a.w, sesiapa yang telah khatam Al-Quran baginya doa yang dimakbulkan.


Kelebihan Al-Quran


Al-Quran ialah Kitabullah yang terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Al-Quran merupakan senjata yang paling mujarab yang melimpah ruah, mata air yang tidak mungkin kering, di dalamnya penuh dengan nur hidayah rahmat dan zikir.

Al-Quran diturunkan untuk mengajar manusia tentang pengesaannya kepada Allah (tauhid). Konsep ibadat yang jelas dan menyeluruh agar manusia sentiasa mendapat bekalan yang baru dan segar. Mengajak manusia berfikir tentang ciptaan, pengawasan dan penjagaan yang ditadbirkan oleh yang Maha Agong agar dapat mengenal sifat-sifatNya yang Unggul.

Di dalam Al-Quran dipaparkan juga contoh tauladan dan juga kisah-kisah yang benar berlaku sebelum turunnya Al-Quran dan pada masa penurunan Al-Quran. Dengan itu manusia mendapat pengajaran dan panduan dalam mengharungi kehidupan sebagai muslim yang sejati dan benar dalam semua bidang kehidupan.

Al-Quran menjelaskan juga persoalan tentang akhir kehidupan manusia, situasi terakhir yang akan dirasai oleh manusia sebelum bumi ini dihancurkan oleh Allah untuk bermulanya hari qiamat dan nasib tiap-tiap insan sama ada ke syurga atau ke neraka.

Sebelum Al-Quran diturunkan ada banyak kitab suci dan suhuf yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada nabi-nabi dan rasul-rasulNya. Antara yang termasyhur ialah kitab Zabur yang diturunkan kepada nabi Daud a.s, kitab Taurat yang diturunkan kepada nabi Musa a.s, dan kitab Injil yang diturunkan kepada nabi Isa a.s tetapi tidak syak lagi bahawa Al-Quran adalah kitab yang paling utama dan termulia di sisi Allah S.W.T.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang berbunyi:

Dari Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w: 
Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya dan menjadi kemegahan kebanggaan umatku ialah Al-Quran yang mulia.

Al-Quran terpelihara dan susunannya tidak berubah-ubah dan tidak boleh dipinda atau dihapuskan. Walaupun banyak usaha dilakukan oleh musuh-musuh Islam untuk mengubah dan meminda isi kandungan Al-Quran atau memutar belit ayat-ayat dan surah-surah, setiap kali usaha itu dibuat ia tetap dapat diketahui termasuk juga usaha golongan-golongan kuffar.

Al-Quran adalah satu perlembagaan yang lengkap bagi semua aspek kehidupan, mengandungi semua yang dihajati oleh manusia walaupun sebahagian daripada huraiannya tidak terperinci. Tujuannya Allah menyuruh manusia menggunakan fikiran yang sihat dan sempurna untuk mencari dan mengkaji berpandukan saranan yang diberi oleh Allah S.W.T.

Dalam Al-Quran Allah S.W.T berfirman:

Sesungguhnya telah datang kepada kau cahaya kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w) dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata kebenarannya dengan itu Allah menunjukkan jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaanNya dan denganya Tuhan keluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang benderang dengan izinNya dan dengannya juga Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang betul dan harus.
(Surah Al-Maidah: 14 &15)

Firman Allah S.W.T lagi:

Kitab Al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya dan ianya menjadi petunjuk bagi orang yang bertaqwa.
(Surah Al-Baqarah: 2)

Sebuah hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi:

Abu Zar r.a berkata bahawa beliau meminta Rasulullah s.a.w memberi satu pesanan yang berpanjangan. Rasulullah s.a.w bersabda: 
“Semaikanlah perasaan taqwa kepada Allah kerana ia adalah sumber bagi segala amalan-amalan baik. Aku meminta supaya baginda menambah lagi. Tetapkanlah membaca Al-Quran kerana ia adalah nur untuk kehdupan ini dan bekalan untuk hari akhirat.”

Kita dikehendaki membaca, mendalami dan menghayati isi kandungan Al-Quran kerana ia diturunkan bukan untuk dijadikan perhiasan sahaja, dengan itu kita mendapat faedah yang besar bukan sahaja pahala da keredhaan Allah tetapi juga kegunaan lain dalam kehidupan sehari-hari.

Membaca Al-Quran dikira sebagai berzikir dan zikir membaca Al-Quran lebih afdal dan utama daripada zikir-zikir yang lain. Oleh itu membaca Al-Quran adalah sebagai ibadat tetapi tidaklah melebihi daripada ibadat-ibadat yang wajib.

Dalam sebuah hadis Rasulullah bersabda:

Semulia-mulia ibadat umatku ialah membaca Al-Quranul Karim ( ibadat yang bukan wajib).

Membaca Al-Quran disifatkan sebagai santapan rohani kepada tiap-tiap orang Islam.

Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadis berbunyi:

Sesungguhnya Al-Quran ini ialah hidangan Allah S.W.T maka hendaklah kamu terima hidangan Allah sebanyak mana yang kamu boleh.

Al-Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan untuk membersihkan jiwa dan menyinarkannya.

Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda:

Daripada Ibnu Umar r.a berkata: 
“Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca Al-Quran.”


Tuesday 7 February 2012

Bismillah...

Assalamualaikum rindu 
aku masih di sini
menghitung hari
menghitung detik
menghitung saat
menanti dan menanti

Assalamualaikum cinta
hamparan sejadah kasih
telah bertasbih
aku terpana lagi di sini
mentafsir janji yang terpatri
mentafsir mimpi yang datang
dalam perjalanan panjang

Ya Allah,
hanya pada-MU
tempat ku bersandar
berserah dan bertawakkal
semoga cerita Adam dan Hawa
berakhir bahagia
dengan berkah dan redha-MU

amin...amin...amin...insyaALLAH

Fatima Jal Pari ~ 0801212`907am

Baik parasnya bukan kepalang
Tubuhnya seperti emas cemerlang
Cahaya durjanya gilang-gemilang
Jika ditentang bagaikan hilang
Lemah lembut manis berseri-seri
Majlisnya tidak lagi terperi
Parasnya seperti anakan peri
Tiada berbanding di dalam negeri
Bertambahlah arif bijak laksana
Bijak bestari akal sempurna
Sifatnya lengkap tujuh laksana
Tiada berbanding barang di mana
Jikalau dicari dengan makrifat
Cukup kepadanya serba empat
Habis kepada sempurna sifat
Bandingnya itu sukar mendapat
Rambutnya panjang hitam lebatnya
Kening beralit dengan hitamnya
Mata hitam sangat hitamnya
Bulu matanya lentik sangat eloknya
Hidungnya mancung lehernya jijang
Pinggangnya ramping dadanya bidang
Loknya elok sederhana sedang
Sedap manis mata memandang
Puteri Zubaidah konon namanya
Patutlah nama dengan rupanya
Di negeri Irak sangat mashurnya
Seorang pun tiada tolok bandingnya

Monday 6 February 2012

seraut wajah kurenung 
sesejuk ombak rindu 
menitip potret mu
menyentuh di sanubari





by Kl

Sunday 5 February 2012


Pesan bonda buat anakanda ...memetik falsafah dari sahabat Nabi s.a.w ~ Lukman Hakim yang alim dan bijaksana :-

Suatu ketika, Lukman Hakim telah berpesan kepada anak-anaknya.

1. Wahai anakku, ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam. Jika engkau ingin selamat, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama takwa, isinya ialah iman dan layarnya adalah tawakal kepada Allah.

2. Wahai anakku, orang yang berasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat serta taat kepada Allah, maka dia itu orang yang tawaduk, lebih dekat kepada Allah dan selalu berusaha menghindarkan maksiat.

3. Wahai anakku, seandainya ibu bapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahmya ibu-bapamu itu adalah bagaikan baja untuk tanam-tanaman.

4. Wahai anakku, ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya itu lebih mudah daripada mengajar orang yang tidak mahu diajar.

5. Wahai anakku, apabila engkau mempunyai dua pilihan, menziarahi orang mati atau hadir ke majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati kerana ia akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi semata-mata.

6. Wahai anakku, janganlah engkau menelan sahaja kerana manisnya sesuatu makanan dan janganlah memuntahkan saja kerana pahitnya sesuatu makanan itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit belu tentu menimbulkan kesengsaraan.

7. Wahai anakku, bukanlah satu kebaikan namanya bila mana engkau selalu mencari illmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya, kerana ia tidak ubah seperti orang yang mencari kayu bakar, tetapi setelah banyak, dia tidak mampu memukulnya, padahal dia masih mahu menambahkannya.

8. Wahai anakku, bila mana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bila mana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkanmu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Jika tidak demikian, maka berhati-hatilah.

9. Wahai anakku, bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

10. Wahai anakku, bergaul rapatlah dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata-kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya, bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

11. Wahai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membebankan orang lain. Sebaliknya, janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka.
Ketika seorang mukmin memaknai cintanya kerana  Allah, ia selalu dalam kebaikan..
Ia memberi dua erti  pada kebersamaan sucinya dengan Allah..
Ia merasakan penjagaan sekaligus pengawasan kekasihnya..
Dengan penjagaan ia merasa aman dari segala kemudharatan, kerana  ia memiliki sebuah kalimat yang paling menenangkan..
( Sesuatu yang haq takkan kemana, sesuatu yang luput takkan menimpa )...

Kalau sudah jodoh tidak kan kemana ...insyaALLAH

Friday 3 February 2012


Children may close their ears to advice, but they keep their eyes open to an example

jika kau merindu sebutlah namaku
jika kau rasa sangsi ingat pada janji
jika kau bermimpi mimpilah diriku
jika malam dingin bayangkanlah kenangan
Rasulullah S.A.W.
Berabad-abad sudah berlalu
namun namamu masih melekat di hatiku...
tak pernah aku bertemu atau berjumpa denganmu
tak pernah aku melihat langsung dakwahmu
namun sinar cahaya itu mampu menebus zaman dan ruang
menembus perbezaan di antara seluruh umat manusia
cahaya itu tak pernah redup sampai akhir zaman

Rasulullah SAW ,
begitu agung namamu
bergetar hati ini , menangis , rindu bertemu dengan mu
rindu pada suri tauladan yang kau berikan
rindu pada kesederhanaan dan kepedulianmu
rindu pada kedamaian yang kau ciptakan

Rasulullah SAW ,
rindu pada kepemimpinanmu
Cinta dan kasih sayang mu tiada tara
Rahmatan Lil Alamin , memang itulah dirimu
Umatmu sekarang banyak yang sudah menjauhi suri tauladanmu
banyak yang sudah berubah
Rasulullah SAW , aku rindu padamu
kami rindu padamu

Rasulullah Nabi Muhammad SAW
Aku yakin sinar yang kau bawa tak kan pernah padam
Allahumma Solli Ala Muhammad
semoga salawat itu akan tetap berdengung
hingga akhir masa nanti

Thursday 2 February 2012

Serahkan CINTAmu kepada ALLAH,pasti ALLAH akan berikan CINTAmu kepada pemilik yang sebenar…Serahkan MASAmu kepada ALLAH,pasti ALLAH akan mengatur keseluruhan hidupmu dengan sempurna...insyaALLAH ♥
HURAIAN BISMILLAH VERSI ILMU TAUHID (sifat 20)

Yakni yang mengandungi nilai pahala sunnah juga, bagi orang yang hendak mempelajari sebuah ilmu adalah agar mengenali sepucuk huraian Bismillah menurut ilmu yang akan di pelajari, kerana mengenal sepucuk huraian Bismillah adalah memenuhi hak Bismillah dan memenuhi hak Ilmu yang di pelajari, hak ilmu adalah harus membicarakan sepucuk bahasan Bismillah sesuai dengan ilmu tersebut, sedangkan hak Bismillah adalah sama sekali tidak meninggalkan membicarakan bahasan huraian Bismillah.

Saat ini kita hendak mempelajari ilmu Tauhid maka selayaknya kita terlebih dulu membicarakan sepucuk bahasan Bismillah sesuai dengan ilmu Tauhid.

Maka kami katakan bahawa huruf Ba pada permulaan kalimat Bismillah adakalanya mengandungi erti kebersamaan dengan Allah dari sisi memohon keberkahan dengan menyebut nama Allah, adakalanya juga mengandungi erti memohon pertolongan pada Dzat Allah dengan menyebut nama Nya, dan tidak terlarang memohon pada nama Allah swt sebagaimana memohon pertolongan pada Dzat Nya.

Dan yang paling utama adalah menafsirkan erti huruf Ba tersebut dengan erti kebersamaan dari sisi memohon keberkahan dengan menyebut nama Allah swt. Atau dengan erti memohon pertolongan pada Dzat Allah, kerana memohon pertolongan pada nama Allah adalah perbuatan tercela.

Kerana memohon pertolongan adalah masuk pada penggunaan alat, seandainya memohon pertolongan itu pada nama Allah, maka nama Allah dijadikan sebagai alat yang memungkinkan maksud pada selain Allah, bukan tujuan pada Dzat Allah swt.

Memungkinkan bermaksud atau bertujuan memohon kepada selain Allah adalah terlarang dan menimbulkan kekufuran.

Kecuali apabila diucapkan, bahawa menjadikan erti huruf Ba dengan memohon pertolongan pada nama Allah swt, adalah kerana melirik ke sisi lain, yaitu melirik pada pengakuan alasannya, bahawa perbuatan yang hendak dilakukan seiring membaca Bismillah adalah tidak sempurna kecuali dengan menyebut nama Allah.

Akan tetapi pengakuan alasan ini seperti inipun masih rentan menimbulkan dugaan yang salah hingga berakibat kekufuran yang selalu ada kerananya.

Kesimpulannya bahawa huruf Ba tidak boleh di ertikan memohon pertolongan kepada nama Allah swt, akan tetapi sesungguhnya memohon pertolongan itu adalah pada Dzat Allah swt, bukanlah pada nama.

Makna huruf Ba dari sisi isyarat yang terkandung di dalamnya adalah Allah swt berkata, "Olehku telah terjadi sesuatu telah terjadi, olehku pula akan terjadi sesuatu akan terjadi" dari erti ini huruf Ba merupakan petanda dari semua unsur aqidah, kerana sesungguhnya yang di maksudkan dari aqidah itu adalah:

"Olehku (Allah) telah terwujud sesuatu yang telah terwujud, olehku pula akan terwujud sesuatu yang akan terwujud".

Tidaklah huruf Ba mengandungi makna Isyarat seperti demikian, kecuali makna Isyarat tersebut terdapat pada Dzat yang memiliki sifat sempurna serta tersucikan dari sifat-sifat yang kurang, sebagaimana kandungan makna seperti itu di tetapkan oleh para Ulama-ulama tafsir.

Kalimat "Ismu" pada Bismillah menurut Ulama-ulama kota Bashroh (Iraq) adalah di ambil dari kalimat "sumwun" ertinya tinggi, kalimat Ismu tidak di ertikan selain makna tinggi kerana makna tinggi memberikan petanda Maha Tinggi yang di sebutnya yaitu Allah swt.

Nama Allah adalah sebuah nama pada Dzat yang wajib wujudnya, Dzat yang paling berhak mendapat segala pujian.

Kalimat "Arrohman Arrohiim" adalah dua buah sifat Allah yang di ambil dari kata "Arrohmah" ertinya pemberi kebaikan, kedua kalimat tersebut tidak di ertikan dengan makna "Arrohmah" yang sesungguhnya yaitu kasih sayang dari dalam hati yang menimbulkan memberi penghormatan dan kebaikan pada yang di sayanginya, kerana Kasih sayang timbul dari lubuk hati, Mustahil bagi Allah swt, Allah tidak memiliki Hati.

Makna "Arrohman Arrohiim" di hak Allah swt adalah Dzat pemberi kebaikan ata Dzat Yang menghendaki kebaikan.

Akan tetapi makna lafaz "Arrohman" dalam Bismillah adalah dengan erti Dzat pemberi nikmat-nikmat besar sedangkan makna lafaz "Arrohiim" adalah pemberi nikmat-nikmat kecil, dan lafaz Arrohman didahulukan dari lafaz Arrohim kerana biasanya bentuk besar menandakan erti yang besar pula, bentuk atau jumlah huruf "Arrohman" lebih besar atau lebih banyak dari pada jumlah huruf "Arrohiim".

Demikian huraian singkat pembahasan Bismillah menurut ilmu Tauhid, semoga bermafaat. Allah mengetahui segalanya.

Subhanallah...
Bagaimana kujelaskan cinta
kerna itu tak dapat digambarkan
Sesuatu yang indah terlahir dari rasa
dan rasa itu kurniaan Ilahi

Assalamualaikum Cinta ,
Dirimu adalah yang kuingat selalu
Abadi tak seperti bongkahan salju 

yang kan mencair termakan waktu
Disisimu ku mendapatkan ketenangan
Disisimu ku mendapatkan kebahagiaan
Kau sangat bererti bagiku
Kuingin kau terus bersamaku

InsyaALLAH...
Maya kasihku

Wahai …
si bulan purnama
bagaimana harus aku
khabarkan padamu
betapa aku terlalu
menyayangi mu
akan ku cari
segala kegembiraan
untuk dihantar kepadamu

Fatima Jal Pari
24122010-321pm