Friday 8 February 2013

Aku Ingin Bicara

terkadang aku ingin menjauh

sembunyi pada rindu
kerna aku semakin parah
pada bebannya menunggu

terkadang aku ingin berlari
menerpamu dari jauh
tapi tangan yang menggapai
hanya pada angin yang berlalu

terkadang aku pasrah
seakan menyerah kalah
bila kau asyik dengan duniamu
yang tidak bolehku goyah

aku adalah aku yang lemah
tidak akan bisa kuat
tanpa tanganmu yang menongkat

sayang sophia`080213

Saturday 2 February 2013

Bicara hati seorang teman,
sesekali seorang perempuan itu
perlu menjadi seperti Puteri Gunung Ledang 
yang bijak memberi pelbagai alasan 
untuk menolak cinta sang lelaki

Jawapanku,
tetapi hati perempuan begitu lembut
sehingga terpedaya dengan pujukan
menjadi lagenda cinta seperti Tun Teja
menjadi permaisuri Sultan Melaka
hanya dengan memakan sekapur sireh jampi
pahlawan Hang Tuah yang setia

Hakikatnya,
bukankah seorang perempuan itu
begitu mulia sehingga diangkat darjatnya

19 Keistimewaan Wanita Menurut Hadis

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , ” Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak
Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah
pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

wahai hawa,usah merintih lagi
pada cinta palsu sang adam
kehidupan dunia terlalu kecil untuk ditangisi
marilah kita bangkit dengan semangat yang waja
apa yang ada kita jaga dengan sepenuh jiwa
apa yang telah terluka kita rawat dengan keimanan dan ketaqwaan
hanya ALLAH S.W.T tempat kita mengadu
bukannya di status facebook yang haru-biru

minda ahad untuk teman tercinta Amy Kamisah K Mona SuidInazarina Aziz Mahsuri Jamil dan semua kaum hawa sedunia :)

Sayang Sophia 030213

Terjebak

perahu kertas
bunga plastik
kupu kupu menipu
kelkatu terperdaya pada sinar lampu
aku masih tertanya-tanya
apa yang kau cari

pada malam yang panjang
pada sinar bila mentari tenggelam
warna malam menjamah
siang yang menjelma bukan lagi terang
kian terhakis bahan dan bara
membakar hati yang rapuh
membakar jiwa yang hilang teguh

dalam samar meneliti bicara rasa
lara menjadi bahang pada kalbu
telaga tiada lagi jernih keruh
pada timba hilang warna angkara
tiada tangan yang menghulur rela
yang ada hanya tangan berselut
merah kuku memanjat debu

Ej Jade Sophia 020213