Saturday 3 March 2012

Terasa pantas benar waktu berlalu apabila sudah hampir seumur anak lelaki saya menjadi dewasa dan saya masih menjalani kehidupan sebagai seorang ibu tunggal.

Malah,saya juga sering diaju banyak soalan dan perkara yang sama ,seandainya saya sudah bertemu dengan teman hidup baru.

“Baru saya sedar yang rupa-rupanya sudah lama juga saya hidup sendirian. Rasa seperti baru semalam sahaja perkara itu berlaku (perceraian).

“Menjawab soalan itu, saya tidak mempunyai mana-mana teman istimewa ketika ini. Jujurnya, saya rasa cukup bahagia hidup keseorangan tanpa lelaki di sisi saya.

“Bukannya hidup saya akan berakhir apabila tiada lelaki yang menemani saya. Soal itu bukan lagi satu keutamaan buat saya."

“Lebih baik hidup sendiri kerana banyak perkara yang boleh saya lakukan seperti menghabiskan masa dengan bercuti dengan anak dan kawan-kawan atau menghadap facebook dan bermacam-macam perkara lagi”

Dan saya bersyukur dengan apa yang terjadi walau saya sendirian tapi ALLAH S.W.T mempermudahkan perjalanan hidup saya.Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment