Friday, 31 August 2012

Permata Bonda

Kau anak-anak dunia
suci bagai embun di waktu pagi
pewaris warisan pertiwi
penegak tiang agama

pejunjung adat budaya

Kau anak-anak dunia
pinjaman dari Yang Maha Esa
anugerah untuk bonda tercinta
besar kau sebagai khalifah
besar kau menjadi manfaat

Kau anak-anak dunia
harapan bonda di masa depan

alhamdulillah,insyaAllah

Fatima Sofea `01092012 ,1218pm

Keris melayu adat pusaka,
menjadi warisan raja dan rakyat jelata;
sudah 55 tahun Malaysia merdeka,
jangan ada sengketa sesama kita.

Sunday, 19 August 2012

"apabila berlakunya musibah, hadapilah dengan tabah dan pasrah, ambillah darinya segala 'ibrah (pengajaran), jadikanlah ianya sebagai khibrah (pengalaman), buat bekalan menempuh hayah (kehidupan), agar selamat dunia dan akhirah"