Assalamualaikum Cinta...Aku termenung dalam tiap persimpangan hidup.Aku terlena dalam tiap ucapan kata.Aku lupa akan kasih yang bermakna .Cinta itu tulus dalam hati dan jiwa.Yang selalu bersemi kerana mu.Semua ada kerana mu.Terima kasih cinta ♥
Saturday 2 February 2013
Terjebak
perahu kertas
bunga plastik
kupu kupu menipu
kelkatu terperdaya pada sinar lampu
aku masih tertanya-tanya
apa yang kau cari
pada malam yang panjang
pada sinar bila mentari tenggelam
warna malam menjamah
siang yang menjelma bukan lagi terang
kian terhakis bahan dan bara
membakar hati yang rapuh
membakar jiwa yang hilang teguh
dalam samar meneliti bicara rasa
lara menjadi bahang pada kalbu
telaga tiada lagi jernih keruh
pada timba hilang warna angkara
tiada tangan yang menghulur rela
yang ada hanya tangan berselut
merah kuku memanjat debu
Ej Jade Sophia 020213
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment